Selamat Datang ke Toybox Study Malaysia!
Pencegahan obesiti dalam kalangan kanak-kanak merupakan satu isu kesihatan awam yang perlu diberi perhatian di seluruh dunia. Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar obesiti dan lebih berat badan yang tinggi berbanding dengan negara lain.
Antara faktor yang lain, penyebab utama peningkatan lebih berat badan dan obesiti dipercayai berpunca daripada kombinasi diet yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
Bagi menyokong kesihatan dan meminimumkan risiko lebih berat badan dan obesiti, projek kami telah mengadakan program yang praktikal iaitu "ToyBox - Terokai gerak dan rasa". Program ini akan membantu anda mempromosikan lebih banyak aktiviti fizikal dengan mudah dan mengintegrasikan amalan pemakanan yang sihat ke dalam kehidupan harian kanak-kanak di tabika.
Kami berharap agar anda seronok dan berjaya dalam melaksanakan program "ToyBox-terokai gerak dan rasa” di tabika anda!